Dalam sebuah
kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis itu sesungguhnya
namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada
langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut
al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima,
namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada
langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah
iblis.
Dia (iblis)
lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T telah memerintahkannya sujud kepada
Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku,
sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan
Engkau jadikan Adam daripada tanah." Lalu Allah S.W.T
berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki."
Oleh kerana
iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam A.S
kerana bangga dan sombong.
Dia berdiri
tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para
malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis tidak sujud sedang
mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua
kerana bersyukur, tetapi iblis tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak
dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut
mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.
Kemudian Allah
S.W.T merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada
bentuk seperti babi hutan. Allah S.W.T membentukkan kepalanya seperti kepala
unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di
antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada
sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang
bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi
hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.
Setelah itu,
lalu Allah mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke
beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi.
Allah S.W.T melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir.
Walaupun iblis itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai
sayap emapt, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat
dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi,
tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.
Ketika Allah S.W.T membalas tipu daya iblis, maka menangislah Jibril A.S dan Mikail. Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Apakah yang membuat kamu menangis?" Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu."
Ketika Allah S.W.T membalas tipu daya iblis, maka menangislah Jibril A.S dan Mikail. Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Apakah yang membuat kamu menangis?" Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu."
Firman Allah bagi bermaksud, "Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku." Setelah diusir, maka iblis pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu."
Lalu Allah
berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak
cucunya, sebab para nabi adalah maksum."
Berkata lagi
iblis, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah berfirman yang maksudnya,
"Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan
untukmu dua padanya."
Berkata iblis
lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Lalu Allah berfirman dengan
maksud, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan
dengan peredaran darah."
Berkata iblis
lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Maka Allah berfirman lagi yang
bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan
yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu,
baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka
pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam
haram."
"Dan pada
anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat
anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid,
berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama
mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang
batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan
berjanjilah mereka." (Hal ini ada disebutkan dalamsurah al-Isra ayat 64
yang bermaksud : "Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka
dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda
dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan
berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka
melainkan (semata-mata) tipuan."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar